INSTINCT

Naluri Yang Terindah

Album

Album “Kaulah Permata” merupakan album sulung Instinct yang juga merupakan tapak permulaan Instinct di dalam industri nasyid tanah air. Album ini diterbitkan pada pertengahan tahun 2007 dan mula berada dipasaran pada awal tahun 2008. Berkonsepkan mini album, “Kaulah Permata” dimuatkan dengan lima buah lagu iaitu Itmi’nan, Isteri, Anta Rabbuna, Dermawan, Resah dan juga sebuah zikir. Umumnya, album ini merupakan sebuah album yang berteraskan insaniah dan rabbaniah di mana jalan penceritaan bagi setiap lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini berkisarkan tentang ketuhanan dan juga kemanusiaan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah INSTINCT  telah pun tampil dengan album ke-2 mereka,  Iftitah, hasil daripada kesinambungan dari album pertama mereka “Kaulah Permata”. Kepada yang ingin mendapatkanya sila layari http://www.muslimdigital.com untuk pembelian secara online.

 

 
%d bloggers like this: