Diari Instinct
SHOW DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA, MELAKA
Sabtu, 3 Oktober 2009
Assalamualaikum…terlebih dahulu rasanya masih blum terlambat lagi untuk kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi seluruh Umat Islam di dunia ini khususnya dah Muslimin Muslimat di Tanah air amnya, semoga lebaran kali ini membawa satu sinar keberkatan kepada kita semua. Buat kali yang kedua, Instinct telah dijemput untuk mengadakan persembahan sempena Majlis Forum Perdana yang diadakan di tapak pesta konvokesyen universiti tersebut.dan buat julung kalinya Instinct berpeluang membuat persembahan di dalam kampus tetap UTeM . Keseluruhan 4 buah lagu telah disampaikan oleh Instinct pada malam tersebut dan di kesempatan ini, Intinct ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak universiti dan juga urusetia-urusetia program di atas jemputan dan layanan yang telah diberikan kepada kami.
______________________________________________________________________
SHOW MAULIDUR RASUL, MASJID TELOK AIR TAWAR BUTTERWORTH, P. PINANG
Isnin, 9 Mac 2009
Pada 8 Mac 2009, Instinct bertolak ke Penang jam 9.30 malam untuk show Maulidur Rasul keesokan harinya dan sampai di sana lebih kurang jam 2.30 pagi. Instinct berehat dan tidur di rumah pengurus di Telok Air Tawar, Butterworth. Show tersebut diadakan di perkarangan Masjid Telok Air Tawar sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Instinct memulakan persembahan jam 12.15 tengahari dengan membawa 6 buah lagu. Alhamdulillah ramai juga hadirin yang menyaksikan persembahan terutamanya kanak-kanak. Instinct bertolak pulang ke KL jam 3 petang dengan bergilir-gilir memandu sebab masing-masing kepenatan.
Terima kasih orang Telok Air Tawar!
__________________________________________________________________________________
KONSERT NASYEED@FOURTEEN TRANSISI MADANI, KOLEJ KE-14 UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)
Sabtu, 14 Februari 2009
Assalamualaikum…alhamdulillah dengan penuh rasa bersyukur, Konsert di UPM berjalan dengan lancar sekali. Sekali lagi Instinct dapat berkumpul bersama-sama walaupun berjauhan dek kerana kerjaya masing-masing. Kali ini, Nowseeheart dan Nazry Johani ada bersama-sama mempersembahkan lagu masing-masing. Konsert ini dimulakan dengan persembahan Instinct Sendiri dengan membawa tiga buah lagu iaitu Resah, Itmi’nan dan satu lagu baru yang dipetik dari album kedua Instinct, Cinta Abadi dan kemudianya di teruskan oleh kumpulan Nowseeheart dan diakhiri dengan saudara Nazry Johani. Apa yang menarik pada konsert kali ini, ianya di adakan pada 14 Feb dan venuenya pula adalah di kolej ke14, UPM. Di samping itu, Instinct telahpun berjaya menjadi juara di Carta Nasyid IKIM.fm buat kali kedua pada minggu yang ke-14 sekaligus terus berjaya berada didalam carta selama 7 minggu berturut-turut. Terima kasih Instinct ucapkan buat Pengundi-pengundi di luar sana. Bukan itu sahaja, pada malam tersebut, menampilkan penampilan istimewa DJ Erwan dan DJ Razak dari Radio IKIM.fm sebagai MC bagi konsert tersebut. Alhamdulillah, sambutan dari penonton-penonton amat memberangsangkan. Di sini, Instinct ingin menucapkan ribuan terima kasih buat semua yang telah terlibat secara lansung mahupun tidak dalam menjayakan Konsert Nasyeed@fourteen ini. Diharapkan semoga ianya dapat dijadikan sebagai aktiviti tahunan dan secara tidak lansung menjadikan irama nasyeed sebagai platform untuk berhibur dan berda’wah kepada masyarakat khususnya para mahasiswa pada masa kini.
______________________________________________________________________
SHOW DI JAKIM, PUTRAJAYA, PROGRAM “JOM KE SEKOLAH” ANJURAN YAYASAN TAQWA, MAJLIS AGAMA WILAYAH PERSEKUTUAN
Rabu, 19 November 2008
Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan inayahnya, instinct telah berpeluang mengadakan persembahan di JAKIM, Putrajaya bersempena program Jom Ke Sekolah anjuran Yayasan Taqwa, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pada program tersebut instinct telah dijemput untuk mengadakan persembahan yang turut disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan pengerusi bagi Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan. Program tersebut telah berjalan dengan jayanya dan instinct telah memperdengarkan dua buah lagu yang turut di muatkan di dalam album Kaulah Permata iaitu Anta Rabbuna dan Dermawan. Di sini, dengan penuh rasa kesyukuran, Instinct mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Yayasan Taqwa khusunya buat En. Mohd Suhail di atas jemputan persembahan tersebut.
______________________________________________________________________
Md Faridlmi dan isteri Wan Azmahani
SEMOGA KEKAL HINGGA KE ANAK CUCU HENDAKNYA…
SELAMAT PENGANTIN BARU FARID!!!
Khamis, 21 Ogos 2008
Assalamualaikum…
Pada 22 Ogos 2008 ini bersamaan 20 Sya’ban 1429H, bermulalah diari kehidupan yang baru bagi saudara Md Faridhilmi (Farid), dia akan di ijabkabulkan bersama pasanganya, saudari Wan Azmahani Binti Wan Mahmud dan majlis pernikahan beliau akan di lansungkan di Jerteh, Terengganu Darul Iman. Di sini, di doakan semoga saudara Farid dan saudari Wan Azmahani sentiasa diberkati dan di bawah payungan rahmat Yang Esa.
“Ya Allah…kekalkanlah jodoh kedua mempelai ini hingga ke akhir hayat dan permudahkanlah segala urusan keduanya serta sempurnakanlah Agama mereka dengan berkat Ikatan penikahan ini” ameen…
______________________________________________________________________
SEMINGGU DI BUMI SUDAN
Khamis, 14 Ogos 2008
Hari ini genap seminggu Zarief meninggalkan bumi Malaysia. Baru semalam kami dapat mesej darinya mengatakan semuanya di dalam keadaan baik, alhamdulillah. Cuma dia merungut asyik makan roti je la. Ape-ape pun, itu adalah salah satu dugaan dan cabaran yang harus dihadapi apabila berada di bumi asing. walau macammanapun, kami di sini sentiasa mendoakan yang terbaik buat beliau. semoga sentiasa tabahkan hati di sana. ameeen….
_____________________________________________________________________
SHOW DI UTEM
Jumaat, 08.08.08.
4.30pm: Bertolak ke Ayer Keroh, Melaka. Instinct hanya berempat kerana Zarief telah bertolak ke Sudan pada hari sebelumnya manakala Mahathir telah pun menanti kami di sana.
5.45pm: Tiba di perkarangan MITC melaka, tempat berlansungnya Program Forum Hal Ehwal Islam di mana Instinct akan membuat persembahan sebelum program berlansung.
6.50pm: sound check
7.30pm: Ke tempat penginapan. sebuah rumah teres dua tingkat terletak di taman perumahan tidak jauh dari MITC.
8.30pm: Program bermula
9.00pm: Instinct memulakan persembahan dengan intro selawat murah rezeki dan kemudian di susuli dengan lagu pertama, Anta Rabbuna dan Itmi’nan dan kemudianya Resah. Persembahan pada malam tersebut diakhiri dengan salah sebuah lagu yang akan dimuatkan di dalam album kedua instinct iaitu, Seindah Bicara.
9.45pm: Persembahan tamat. bersiar-siar di tapak ekspo.
2.30am: bertolak pulang ke Nilai setelah berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang
Alhamdulillah pada malam tersebut, semuanya berjalan dengan lancar. terima kasih yang tidak terhingga Instinct ucapkan kepada Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTEM) di atas segala kerjasama dan layanan yang telah diberikan kepada kami.