INSTINCT

Naluri Yang Terindah

  • Taqwim Instinct

    November 2009
    M T W T F S S
    « Mar    
     1
    2345678
    9101112131415
    16171819202122
    23242526272829
    30  

Album

Album “Kaulah Permata” merupakan album sulung Instinct yang juga merupakan tapak permulaan Instinct di dalam industri nasyid tanah air. Album ini diterbitkan pada pertengahan tahun 2007 dan mula berada dipasaran pada awal tahun 2008. Berkonsepkan mini album, “Kaulah Permata” dimuatkan dengan lima buah lagu iaitu Itmi’nan, Isteri, Anta Rabbuna, Dermawan, Resah dan juga sebuah zikir. Umumnya, album ini merupakan sebuah album yang berteraskan insaniah dan rabbaniah di mana jalan penceritaan bagi setiap lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini berkisarkan tentang ketuhanan dan juga kemanusiaan.

Iftitah

INSTINCT dalam perancangan untuk menerbitkan album kedua mereka yang diberi nama Iftitah. Album ini adalah hasil daripada kesinambungan dari album pertama mereka “Kaulah Permata”. Bakal menampilkan beberapa buah lagu seperti Iftitah, Cinta Abadi, Rintihan dah banyak lagi. Nantikan Kemunculannya….